Teknologi Maklumat



Bahagian Teknologi Maklumat - PTG Perak


Objektif
Merancang, melaksana, mengawal selia, memantau pembangunan sistem berkomputer serta memberi sokongan kepada pengguna sistem dan semua pelanggan, di samping memberi khidmat penyelenggaraan secara langsung atau tidak langsung.
Fungsi
Merancang,menyelaras dan melaksanakan Perancangan Strategik ICT jabatan

Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut keperluan jabatan.

Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan bantuan teknikal peralatan dan perisian.

Menyediakan khidmat pengurusan sistem rangkaian.

Memproses data dan mengeluarkan maklumat-maklumat mengikut keperluan jabatan


Bahagian Teknologi Maklumat (Piagam Pelanggan)



            Sewaktu menjalankan Latihan Industri di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Perak Darul Ridzuan, saya telah di tempatkan di bahagian Teknologi Maklumat. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan kesemua ilmu tersebut berkait rapat dengan teknologi komunikasi, sesuai dengan bidang saya. Di bahagian ini kebanyakan kerja yang dilakukan adalah menerima aduan daripada staf mengenai masalah komputer . Setiap pekerja atau juruteknik di bahagian ini mahir dan cekap dalam mengendalikan dan menyelesaikan masalah peralatan telekomunikasi dan komputer, antara kerja-kerja yang dilakukan di bahagian ini ialah install/format Windows 7, melakukan preventive maintenance, memasang kabel network, membuat backup data sebelum diformat dan memasang projector untuk mengadakan mesyuarat.

          Saya juga banyak melakukan penaikan taraf sistem kepada semua komputer di setiap bahagian serta memasukan maklumat dalam sistem pendaftaran borang pembetulan. 

No comments:

Post a Comment