Huraian Tugasan Keenam

BACK UP DATA - HARD DISC

     Back up data adalah satu proses di mana penyimpanan salinan pada fail dan dokumen yang ada di dalam komputer.Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga jikalau tanpa kita duga komputer akan mengalami masalah dan semua data dalam komputer akan hilang.Proses mengembalikan semula data jikalau kite terpadam sesuatu folder boleh dibuat dengan membuat folder recycle bin dan mengembalikan semula data yang dipanggil restore.Namun,apabila Windows mengalami kerosakan dan tidak boleh berfungsi,besar kemungkinan semua data dan maklumat yang disimpan di dalam komputer akan hilang.Oleh itu,back up data adalah sangat penting sebagai satu langkah persediaan jikalau semua kemungkinan akan terjadi tiba-tiba.Back up boleh dibuat secara manual dengan menyimpannya di dalam hard disc ataupun pendrive seperti copy salinan pada MyPc-Local Disc (C) dan Local Disc (D) dan paste kan folder tersebut di dalam hard disc atau pendrive.Local Disc ( C) ialah di mana pengguna hanya ingin menyimpan folder user manakala Local Disc (D) ialah jika pengguna ingin menyimpan keseluruhan data.


Langkah-langkah


1.Sediakan Hard Disc supaya dapat memindahkan data yang ingin di back up.




2.Buatkan satu folder kosong yang baru.Namakan folder kepada BKP.

3.Pergi ke This PC dan copy Local Disc (C)

4. Tekan kanan dan create dua lagi folder yang baru.Namakan folder kepada User dan D.

5. Masuk ke dalam folder USER.Paste folder yang telah di copy 
 6.Tunggu sehingga proses memindahkan data selesai.
Proses back up data ke dalam Hard Disc berjaya.
     Kesimpulannya,back up data merupakan satu langkah yang penting bagi pengguna komputer untuk menguasainya.Ramai dikalangan pengguna komputer yang sering terlupa mengambil mudah akan kepentingan back up data ini.Contohnya,jika komputer tiba-tiba tidak dapat berfungsi dan semua data yang tersimpan di dalam komputer tiba-tiba hilang,kita masih boleh bertenang dan kerana adanya back up data yang telah kita simpan di dalam hard disc.

No comments:

Post a Comment