Kabel Rangkaian
Saya telah mengambil kesempatan untuk belajar dari juruteknikal dari bahagian Teknologi Maklumat bagaimana untuk memasang kabel lurus (straight).
Kabel Lurus
Kabel Lurus (straight) merupakan kabel yang memiliki cara pemasangan yang sama antara hujung satu dengan hujung yang lainnya.Kabel straight juga digunakan untuk menghubungkan 2 device yang berbeza.Urutan adalah seperti di bawah ini :

Penggunaan :
- Menghubungkan 2 buah komputer secara langsung
- Menghubungkan 2 buah switch
- Menghubungkan 2 buah hub
- Menghubungkan switch dengan hub
- Menghubungkan komputer dengan router
Alatan :
- Kabel UTP
- Connector RJ-45
- Crimping tools
- Cable Tester
Langkah-Langkah :
1. Potong kedua-dua hujung kulit kabel menggunakan cutter dalam ukuran 2 cm.
2. Leraikan kabel-kabel wayar dan luruskan setiap satu kabel agar tidak bercantum dengan yang lain.
3. Selepas leraikan menjadi lurus,susunkan setiap kabel mengikut warna
Orange Putih-Orange-Hijau Putih-Biru-Biru Putih-Hijau-Coklat Putih-Coklat
4. Selepas sudah memastikan warna susunan kabel yang betul,masukkan kabel tersebut ke dalam Connector RJ-45.Pastikan setiap semua kabel sudah masuk ke dalam bahagian kanan-kiri-depan-belakang.Pastikan kulit kabel melepasi dalam connector seperti dalam gambar dibawah.
5. Masukkan connector yang sudah dimasukkan kabel ke dalam Crimping Tools.Masukkan dalam lubang yang sesuai dengan saiz connector.Tekan dengan kuat sehingga bunyi "klik" kedengaran itu menandakan seluruh kabel melekat pada connector.Untuk mengeluarkan connector ,tekan semula crimping tools dan keluarkan connector.
6. Untuk tahu sama ada susunan connector kite berjaya atau tidak,pasangkan connector kabel pada Cable Tester.Masukkan kedua-dua connector pada bahagian kanan dan kiri Cable Tester.
Click pada button kiri untuk memulakan.Jika setiap warna yang keluar adalah mengikut susunan dari kiraan 1 sampai 8,itu bermakna connector kabel yang dipasang adalah betul.
Kesimpulannya,pemasangan kabel UTP yang betul mempengaruhi samaada connector kabel yang dipasang di cable tester menyala atau tidak.Jika warna dari semua nombor 1 hingga 8 menyala berturut-turut itu menandakan connector kabel yang dipasang adalah betul dan jika warna kabel menyala tidak mengikut urutan,itu menandakan connector kabel yang dipasang adalah tidak betul.
No comments:
Post a Comment