Semasa menjalani latihan industri,
para pelajar berkemungkinan menghadapi masalah-masalah tertentu contohnya
seperti sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja. Oleh sebab itu, saya
ingin mengetengahkan beberapa komen dan cadangan agar masalah-masalah seperti
ini dapat dibendung dari terus berlaku.
Bagi pihak para pelajar yang
menjalani dan juga yang bakal menjalani latihan industri, mereka hendaklah
menitikberatkan tentang masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh mereka ketika
menjalani latihan industri. Para pelajar perlulah mengambil langkah
berjaga-jaga dan harus tahu apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya
menghadapi sebarang kesulitan ketika menjalani latihan industri.
Pihak politeknik juga haruslah
mengambil berat mengenai masalah yang dikemukakan oleh para pelajar serta
mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi pihak majikan, penyelia hendaklah
memberikan perhatian terhadap para pelatih serta memberi tunjuk ajar yang
sewajarnya. Selain itu, pihak syarikat juga perlulah memberi kerjasama yang
sepenuhnya kepada para pelajar agar mereka dapat mempelajari dan menambah
pengalaman mengenai kerja di firma tersebut.
Tambahan pula, saya amat
mengesyorkan kepada para pelajar yang mengambil kos pengaturcaraan mahupun
rangkaian yang bakal menjalani latihan industri memohon di Pejabat Pengarah
Tanah Dan Galian bahagian teknologi maklumat. Ini kerana bahagian ini amat
menepati ciri-ciri kos seperti membaiki masalah mengenai teknologi dan
menyelesaikan segala masalah sistem, yang tidak di ajar di politeknik. Ia
memberi banyak ilmu-ilmu faedah dan manfaat kepada bakal pelajar.
No comments:
Post a Comment