Objektif Laporan Latihan Industri

Objektif Laporan Latihan Industri

      Sepanjang Latihan Industri dijalankan, pelajar perlu menyiapakan laporan rasmi yang lengkap tentang kerja-kerja yang telah dilaksanakan sepanjang Latihan Industri dijalankan ini dijalankan untuk dikemukakan kepada pihak Politeknik untuk dibuat penilaian. Laporan dinilai untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan Sijil atau Diploma untuk sesuatu kursus. 

     Laporan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu laporan harian dan laporan rasmi. Laporan harian perlu diisi oleh para pelajar pada setiap hari dan ia ditulis secara kasar, ini untuk memudahkan pelajar untuk membuat laporan rasmi setelah selesai latihan industri yang ditetapkan. Buku laporan harian perlu diserahkan kepada penyelia pada setiap dua minggu untuk disemak bagi memastikan para pelajar sentiasa mengisi dan menjalankan latihan seperti yang diarahkan. Selain itu buku laporan juga penting untuk memudahkan pensyarah untuk meneliti proses kerja yang telah dilaksanakan dan dilakukan oleh para pelajar semasa latihan industri apabila pensyarah hadir untuk membuat penilaian.

    Laporan latihan sangat penting untuk disediakan oleh pelajar setelah selesai menjalani latihan industri disesebuah syarikat. Laporan ini menunjukan tentang keseluruhan aktiviti dan perjalanan sebuah syarikat. Ia juga menggambarkan keseluruhan kerja yang pernah dilakukan dan dilaksanakan semasa di tempat kerja. Semua kerja dan latihan yang pernah dilaksanakan akan dicatatkan dan diceritakan di dalam laporan ini. Segala dokumen yang digunakan sepanjang laporan akan dilampirkan dan disertakan sebagai laporan dan rujukan. Laporan rasmi ini hendaklah menggunakan komputer dan disediakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Objektif Laporan Industri adalah seperti berikut:

      Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan Industri dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dilakukan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat.

     Melalui penulisan laporan pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

     Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna mengikut jangkamasa dari awal latihan industri 1 Disember 2014 sehingga 17 April 2015

     Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh pensyarah. 

     Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawap dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan politeknik. Dimana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik

No comments:

Post a Comment