
SEJARAH PENUBUHAN PTG NEGERI PERAK
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak telah ditubuhkan pada 1959 di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang diketuai oleh Encik Lokman Bin Yusuf sebagai Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak yang pertama. Pada mulanya pejabat asal ditempatkan bersama-sama dengan Pejabat Tanah Ipoh dan ianya mempunyai kira-kira 60 orang pegawai dan kakitangan sahaja.
Dalam tahun 1969, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak telah berpindah ke Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang dinamakan sebagai Bangunan Sri Perak Darul Ridzuan. Pejabat ini ditempatkan di blok bahagian belakang dan ditempatkan di tingkat dua bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Apabila Jabatan Perhutanan Negeri Perak berpindah ke bangunannya sendiri pada tahun 1979, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak telah menduduki keseluruhan ruang pejabat tingkat dua tersebut.
Pada tahun 1994, jumlah pegawai dan kakitangan pejabat ini telah bertambah kepada 181 orang. Akibat daripada pertambahan ini, bahagian pentadbiran dan kewangan, bahagian pembangunan serta unit khas bergerak dan lebuhraya telah diasingkan dan ditempatkan di tingkat lima blok bahagian belakang Bangunan Sri Perak Darul Ridzuan. Dalam tahun 1999 sektor pengurusan yang terdiri daripada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Pejabat Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian (Pengurusan), Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Pengutakuasaan Dan Teknikal, Bahagian Audit Pengurusan Dan Bahagian Undang-Undang Pejabat Pegarah Tanah Dan Galian Negeri Perak telah berpindah ke blok bahagian hadapan Bangunan Sri Perak Darul Ridzuan yang dahulunya menempatkan dewan undangan negeri pejabat Y.A.B Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Pada tahun 2007, sektor pendaftaran yang menempatkan Pejabat Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian (Pendaftaran), Bahagian Pendaftaran, Bahagian Pendaftaran Hakmilik, Bahagian Hakmilik Strata, Bahagian Hasil Dan Bahagian Teknologi Maklumat telah mengisi ruang pejabat di tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua di blok bahagian belakang Bangunan Sri Perak Darul Ridzuan sehingga kini.
Visi |
Menjadikan Organisasi Pentadbiran Dan Pengurusan Tanah Yang Terbaik Dan Termoden Di Malaysia Menjelang 2015 |
Misi |
Komited Untuk Mengurus Dan Mentadbir Urusan Tanah Bagi Memacu Pembangunan Negeri Yang Dinamik Dan Berdaya Saing Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti, Berintegriti Dan Efektif Untuk Kesejahteraan Rakyat |
Motto |
Cepat, Telus & Berintegriti Terbahagi kepada 12 bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Hasil
Bahagian Hakmilik Pendaftaran
Bahagian Hakmilik Penulisan
Bahagian Hakmilik Strata
Bahagian Audit Pengurusan
Bahagian Penguatkuasa dan Teknikal
Bahagian Perundangan
Bahagian Perumahan
Bahagian Pembanggunan
Bahagian Industri
|
No comments:
Post a Comment