Huraian Tugasan Kelapan

    Saya telah diberikan amanah untuk bekerjasama dengan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat,Puan Nuraini untuk menghasilkan buku Laporan Tahunan sesi tahun 2014.Pada awal bulan 2,saya telah diarahkan untuk melakukan sedikit kajian dengan menggunakan carian Google bagaimana untuk menghasilkan satu buku laporan tahunan dari segi design,kreativiti dan maklumat yang perlu diletakkan di dalamya.Saya juga banyak menjumpai hasil-hasil laporan tahunan dari jabatan-jabatan lain yang banyak saya jadikan rujukan dan panduan.

      Untuk menghasilkan satu buku laporan tahunan yang bermutu tinggi memakan masa yang agak lama kerana perlu memperuntukkan masa untuk mengumpulkan segala maklumat dari setiap bahagian.Perkara ini penting agar setiap maklumat yang dimasukkan adalah benar dan sahih.

      Pejabat Pengarah Tanah dan Galian mempunyai bahagian Khidmat Pengurusan,Teknologi Maklumat,Hasil,Hakmilik Penulisan,Hakmilik Pendaftaran,Hak Milik Strata,Audit Pengurusan,Pembanggunan,Industri dan juga Perumahan.Kesemua bahagian ini perlu memberikan laporan lengkap aktiviti dan pencapaian bagi tahun 2014 untuk dimasukkan ke dalam buku Laporan Tahunan.

Fasa yang perlu dilakukan :

1 ) Mencari panduan melalui sumber carian google



2) Melakukan pembincangan awalan dengan Puan Nuraini berkaitan dengan design yang sesuai
3)Mengumpulkan maklumat bagi setiap bahagian


4) Memulakan kemasukan maklumat





5) Memasukkan design yang sesuai agar buku laporan lebih menarik




6) Dari masa ke semasa,pemerhatian daripada Pengarah dan perlu menambahbaikan kembali jika ada bahagian yang tidak dipersetujui oleh Pengarah

7)Melakukan penambahmasukkan maklumat yang terbaharu.




8)Bebincang dengan Puan Nuraini untuk mencantikkan lagi design buku sebelum diberikan kepada vendor untuk pemeriksaan.

*Disebabkan kebanyakkan gambar dan maklumat adalah milik PTG,saya tidak dapat meletakkan segala proses penyediaan buku laporan Tahunan PTG*

No comments:

Post a Comment