Format dan Install Windows 7
Sepanjang saya menjalani sesi latihan industri di bahagian Teknologi Maklumat,saya telah belajar sedikit sebanyak bagaimana untuk mengendalikan satu elektronik yang dipanggil komputer. Secara ringkasnya komputer merupakan satu alat elektronik di mana ianya berupaya untuk menerima data,menghasilkan maklumat,menyimpan data serta maklumat.Namun,adalah satu langkah yang bijak sekiranya pengguna komputer mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan komputer itu sendiri.Dua perkara utama yang perlu diketahui ialah bagaimana untuk format dan install komputer itu sendiri supaya boleh digunakan.
Teknikalnya,Format merupakan satu operasi dimana ianya dapat memadam maklumat dari media storan maklumat.Ianya sering dilakukan ke atas cakera keras (HDD) dan juga cakera liut (FDD) serta sebarang jenis media storan elektronik seperti Kad Ingatan (Memory Card) dan Thumdrive yang dipasang ke dalam alat elektronik konsumer seperti telefon bimbit,kamera digital,pemain MP3/MP4 dan lain-lain.
Install sering dimaksudkan sebagai memasang perisian atau sistem operasi ke dalam media storan itu tadi.Proses Install sering dilakukan kepada HDD yang telah diformat.HDD seperti itu sering kali dipasangkan dengan perisian sistem operasi seperti Windows bagi membolehkan komputer dapat dihidupkan dan digunakan.
Format dan Install perlu dilakukan setiap kali komputer baru hendak dipasang. Format dan Install juga kerap dilakukan apabila komputer rosak disebabkan oleh virus, spyware atau masalah lain.
Alatan :
1. Komputer
2. CD Windows 7 Professional
Langkah - Langkah :
1. Hidupkan suis komputer dan masukkan CD Windows 7 Professional
2. Tekan mana-mana huruf di papan kekunci jika paparan hitam kelihatan.

3.Tunggu sehingga paparan loading dan Windows habis dipaparkan


4.Tetingkap "Install Windows" akan dipaparkan,isikan bahasa yang ingin digunakan dan tekan "Next"
5.Seterusnya tekan "Install Now"
6. Tekan tanda pada "I accept the license terms" dan tekan "Next"
7.Tekan pada "Upgrade" untuk menggunakan Windows yang versi terbaru
8.Pilih partition yangg ingin digunakan.
*Partition ni adalah drive Hard disk.Selalunya akan ada 2 iaitu drive C dan drive D.Pilih drive C*
9. Tunggu sehingga "Installing Windows" selesai.
10. Tekan apa-apa huruf dari papan kekunci.Tunggu sehingga Windows bermula .



11. Tekan "Ask Me Later".
12. Betulkan tarikh dan masa yang betul.Tekan "Next".
13. Pilih mana-mana yang bersesuian dengan keadaan di mana ada berada.
Cara selamat jika tidak pasti tekan "Public Network"
14. Proses format dan install sudah selesai."Windows 7" telah dipasang dan boleh digunakan
Kesimpulannya,proses format dan install Windows adalah sangat penting agar membolehkan pengguna dapat menggunakan komputer.Ini disebabkan,komputer tidak dapat berfungsi jika ketiadaan Windows yang dipasang di dalamnya.
No comments:
Post a Comment