Setelah tamat menjalani program Latihan Industri yang telah bermula pada 1hb Disember 2014 dan telah selamat berakhir pada 17hb April 2015 di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, banyak pengalaman berharga dan pengetahuan berkaitan dengan dunia kerja telah saya perolehi. Saya telah diberi peluang mengenali dan mempelajari tentang alat-alat dan teknologi-teknologi baru dan terkini yang digunakan dalam telekomunikasi.
Selama saya menjalani latihan industri di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, saya telah diajar dan didedahkan dengan lebih mendalam mengenai bidang Telekomunikasi Pengaturcaraan dan berkaitan dengan bidang Rangkaian yang telah saya ambil di Politeknik Balik Pulau iaitu Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan). Banyak perkara yang sebelum ini diketahui dapat dipelajari sepanjang menjalani latihan industri ini. Sesungguhnnya program latihan industri ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar. Walaupun terdapat beberapa tugas di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian tidak berkait rapat dengan bidang yang diambil, ia dapat memberi dan menambah pengalaman dan pengetahuan para pelajar dan juga dapat meningkatkan nilai pasaran kerja pelajar politeknik. Saya bersyukur kerana telah mendapat banyak tunjuk ajar semasa menjalani latihan industri dari semua kakitangan bahagian teknologi maklumat.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah program latihan industri yang diwajibkan kepada para pelajar politeknik ini dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman kerja kepada saya. Di samping itu, program ini juga dapat menjadikan saya lebih menepati masa dan juga dapat menambah keyakinan diri saya untuk terus bersemangat menceburkan diri dalam bidang yang telah saya ambil di Politeknik Balik Pulau iaitu Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Pengaturcaraan).
No comments:
Post a Comment