Pendahuluan


       Dengan penuh kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana dapat memberikan saya peluang untuk merasai pengalaman sebagai pelajar Latihan Industri.Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada pihak pengurusan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Ipoh,Perak kerana telah menerima serta memberi peluang kepada saya sebagai salah seorang pelajar praktikal di jabatan ini.     

    Sekalung ucapan terima kasih di ucapkan kepada Encik Azizam bin Mohamed Yatim telah menguruskan kemasukan,pendaftaran dan penempatan bahagian untuk pelajar praktikal dan meletakkan saya di bawah Encik Mohd Noor Haslan bin Abdul Hamid yang saya amat berterima kasih kerana telah banyak memberikan saya sedikit tunjuk ajar untuk melakukan pekerjaan sebagai seorang kerani seperti menguruskan keluar masuk surat,memasukan surat ke dalam sistem pejabat serta kerja-kerja menguruskan fail walaupun hanya selama sebulan saya dapat merasai pengalaman di bahagian khidmat pengurusan.

     Seterusnya,sebulan kemudian,saya telah ditukarkan ke bahagian Teknologi Maklumat.Ucapan beribuan terima kasih kepada penyelia saya,Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan,Puan Norazlin binti Ahamad yang telah menerima dan banyak membantu saya sebagai pelajar praktikal dibawahnya serta Penolong Pegawai Teknologi Maklumat,Puan Noraini bt Mat Razali dan Puan Norbaiti binti Zakaria Ansari yang banyak memberikan saya sedikit tunjuk ajar,mempercayai saya dalam melakukan kerja yang melibatkan kemasukan data ke dalam sistem dan pengisian maklumat dalam buku laporan tahunan PTG dan sebagainya.      

      Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada unit latihan industri Politeknik Balik Pulau yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri serta membantu penyediaan laporan harian,mingguan dan penerbitan kreatif sebagai laporan akhir latihan industri.

     Akhir sekali,tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan sokongan dan dokongan kepada saya sepanjang menjalani sesi latihan industri.

    


No comments:

Post a Comment