Huraian Tugasan Kedua

 e-OFFICE PTG PERAK merupakan satu sistem yang telah direka dimana lebih menyenangkan para kerani yang menguruskan perihal pesuratan. Sistem ini hanya perlu diisi mengikut surat yang dihantar dengan tepat dan betul sebelum disimpan.Ini merupakan satu langkah dimana membantu pekerja untuk menyemak kembali surat-surat lama dan mengelakkan kehilangan maklumat dan data yang penting.Semua surat keluar masuk PTG Perak perlulah direkodkan terlebih dahulu dalam sistem e-OFFICE sebelum diedarkan kepada bahagian yang dikehendaki.Sistem ini banyak membantu dari segi apabila staf-staf pekerja mahu memeriksa sama ada surat sudah direkod atau belum dan sistem e-OFFICE ini juga boleh di edit semula jika ada kesilapan ejaan dan bahasa.

Langkah-langkah untuk memasukkan surat dalam sistem e-OFFICE.

Langkah Pertama : Masukkan nama web http://eoffice.perak.gov.my/login/login.html masukkan ID Login dan Kata Laluan.Kemudian tekan Login.

Langkah Kedua : Click pada Daftar Surat 

Langkah Ketiga : Click pada Masuk Surat untuk memasukkan surat.

Langkah Keempat : Isikan semua maklumat yang bertanda dengan betul dan tepat.Kemudian tekan Kemaskini.

     Kesimpulannya,dengan adanya sistem e-OFFICE ini akan dapat memudahkan lagi para pekerja kerana hanya perlu merekodkannya ke dalam sistem.Penyimpanan maklumat surat ke dalam sistem adalah lebih baik kerana setiap surat baru atau lama masih lagi boleh dicari di dalam sistem e-Office kerana sistem ini menyimpan segala rekod keluar masuk surat serta minit/mesyuarat yang telah diminit.

No comments:

Post a Comment